Thursday, March 18, 2010

MERENTAS DESA 2010





Pertandingan merentas desa merupakan acara tahunan dan untuk tahun 2010 SKBK telah mengadakan pertandingan ini pada 15 Januari 2010. Keseluruhannya program berjalan dengan lancar dan juara keseluruhan untuk pertandingan ini adalah rumah biru. Tahniah

Wednesday, March 17, 2010

BOLASEPAK MSSD KELANG 2009







SKBK telah menghantar satu pasukan. Walaupun bola sepak secara tradisinya bukan sukan yang selalu memberikan keputusan yang bai tapi untuk tahun 2009 pasukan bolasepak SKBK telah berjaya mara sehingga ke pusingan ke 3. Tahniah

SOFBOL MSSD KELANG 2009











Dalam sukan sofbol SKBK memang sangat dikenali di daerah Kelang sebagai satu pasukan yang kuat. Untuk tahun 2009 pasukan lelaki berjaya menjadi johan manakala pasukan perempuan mendapat tempat ketiga. Tahniah

Sunday, March 14, 2010

HOKI MSSD KELANG 2009







SKBK seperti biasa menghantar 2 pasukan lelaki dan perempuan. Berkat kesungguhan kedua-dua pasukan berjaya meraih NAIB JOHAN. Tahniah






Wednesday, December 30, 2009

KALENDAR SUKAN 2010

Kalendar sukan peringkat daerah Kelang bagi tahun 2010 telah diperolehi. Sila rujuk di bahagian kalendar sukan untuk mendapatkan maklumat tentang tarikh dan tempat kejohanan.

SEKIAN

MESYUARAT SUKAN

Mesyuarat sukan bagi semua jenis sukan yang akan di pertandingkan bagi tahun 2010 peringkat daerah akan di langsungkan pada minggu kedua bulan Januari 2010. Maklumat terkini tentang sukan-sukan tersebut hanya akan kita perolehi selepas mesyuarat diadakan.

Tuesday, December 22, 2009

TAHUN BARU AZAM PUN BARU

Salam semua, tahun 2010 bakal muncul tak lama lagi. Di harapkan seluruh warga SKBK akan berusaha dengan lebih gigih bagi memantapkan prestasi keseluruhan pasukan.

SKBK BOLEH !!!!